:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Isnin, 3 April 2017

Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (SMPK); Login


MPK atau lebih dikenali sebagai Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan ini mempunyai 3 objektif utama mereka.

SMPK Mempunyai Objektif  Khas
-Membangunkan sistem maklumat yang bersepadu di peringkat kebangsaan.
-Memastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat dengan cepat dan tepat.
-Memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana.


Login SMPK disini


Login ke Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan


SMPK dibina untuk Mencapai Matlamat Utama
-Pengumpulan Maklumat Murid-murid Prasekolah 2009.
-Pengumpulan Maklumat Murid-murid Prasekolah 2010.
-Permohonan Pemilihan dan Penempatan Murid-murid   Prasekolah 2011 dan tahun-tahun berikutnya.
-Pengurusan Guru, PPM, dan Kelas Prasekolah 2011 dan   tahun-tahun berikutnya.
-Penjanaan Data Prasekolah 2009 dan tahun-tahun berikutnya.


Rasional Pembangunan SMPK
-Tiada sistem maklumat yang bersepadu dan tepat.
-Menggantikan kaedah kutipan data secara manual.
-Kepelbagaian format kutipan data dan maklumat.
-Mengelakkan ketidakseragaman format kutipan data dan maklumat.
-Hubungan SMPK dan ePrasekolah

Portal rasmi sistem maklumat prasekolah kebangsaan sebenarnya berfungsi seperti eOperasi bagi guru-guru prasekolah dan tadika. Ianya menjadi tempat pengurusan sekolah yang digunakan secara meluas oleh semua pentadbir dan guru. Guru-guru mesti mengemaskini maklumat-maklumat yang diperlukan sekiranya ada perubahan.

Manakala ePrasekolah pula lebih kepada APDM tetapi bukan untuk mencatatkan kehadiran. Sebaliknya untuk ibubapa membuat pendaftaran anak-anak yang bakal memasuki dunia persekolahan  tadika atau prasekolah pada tahun hadapan.


Pengumuman Khas di Laman SMPK

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2018 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2017 Hingga 30 April 2017. Sila Layari Laman Sesawang ePrasekolah untuk maklumat lanjut.

Bagi sebarang aduan berhubung masalah Sistem ePrasekolah mohon untuk emel ke Helpdesk ePrasekolah : eprasekolah@moe.gov.my .

Penggunaan SMPK dan Kutipan Data Secara Manual Tahun 2017

Dimaklumkan bahawa kutipan data prasekolah KPM pada tahun 2017 dilaksanakan secara online melalui sistem maklumat prasekolah kebangsaan yang telah berkuatkuasa mulai tahun 2010. Pelaksanaan ini ialah semenjak pelaksanaan NKRA Pendidikan dibawah Sub NKRA Prasekolah.

Mohon kerjasama pihak tuan memaklumkan kepada guru prasekolah di sekolah tuan untuk melaksanakan perkara berikut.
-Mengisi data dan maklumat dalam sistem maklumat prasekolah kebangsaan dengan lengkap mulai 16 Januari 2017 dan hendaklah diselesaikan sebelum atau pada 28 Februari 2017.
-Mengemaskini data dan maklumat dalam sistem maklumat prasekolah kebangsaan secara berterusan mulai 16 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.


Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Prasekolah di talian 06-2325312 untuk perhatian Pn. Zabidah Binti Muhammad (Ketua Unit Prasekolah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan