eSarana atau sarana membawa erti (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu. – Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Login
eSarana disini
> Login eSarana <
Login ke Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
eSarana dan
Apa itu KSIB dan PIBK
KSIB atau lebih tepat disebut sebagai Kumpulan
Sokongan Ibubapa di Sekolah yang berperanan sebagai saluran kerjasama dan
komunikan bagi merapatkan hubungan antara ibu bapa, murid, sekolah, alumni,
komuniti, agensi awam dan swasta. Mereka memastikan penglibatan KSIB dalam
membantu merealisasikan anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia PPPM 2013 – 2025. Iaitu bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas berpandukan perlembagaan PIBG yang sedia ada.
Menurut sistem guru online, PIBK pula disebut
sebagai Penglibatan Ibu Bapa Komuniti di sekolah. Penglibatan ibu bapa
merupakan satu keadaan dimana ibubapa dapat berhubung dengan kakitangan sekolah
yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi
pendidikan, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan
untuk menggalakkan ibubapa memainkan peranan dalam pendidikan anak
masing-masing.
Rasional
Permuafakatan Ibubapa dan Guru
-Guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam
keberkesanan pendidikan kanak – kanak.
-Guru bertugas mendidik di sekolah dan
merangkumi masa selama tiga atau empat jam di pusat prasekolah, sedangkan ibu
bapa/keluarga bergaul lebih lama dan rapat untuk mencorak kanak-kanak.
-Pengalaman atau idea yang disemaikan di sekolah
boleh dikukuhkan oleh keadaan di rumah atau sebaliknya.
-Penglibatan ibu bapa dalam berbagai aktiviti
menunjukkan komitmen yang baik ke atas segala keputusan yang dicapai bersama.
-Membolehkan kanak-kanak mendapat faedah yang optimum di atas segala proses pengajaran dan
pembelajaran mereka kerana mendapat sokongan dari kedua belah pihak.
-Hubungan komunikasi yang erat diantara ibubapa dan
guru membentuk perasaan bertanggungjawab yang sewajarnya dipihak ibu bapa
terhadap pendidikan anak-anak mereka.
Menurut Swick
penglibatan ibu bapa dalam tiga proses :
-Pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan
profesional (pihak guru) dan pembantu (para profesional) dalam komuniti.
-Proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka
masa yang dirancang dan memerlukan
kerjasama setiap ahli.
-Satu proses di mana ibu bapa dan guru
berkerjasama, belajar dan melibatkan diri dalam membuat keputusan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan