AKTA-AKTA
LAIN YANG BERKAITAN.
Akta Kanun Keseksaan.
Akta Multimedia.
Akta Kanak-Kanak 2001.
Akta Dadah Merbahaya.
PRINSIP
UNDANG-UNDANG.
-IN LOCO PARENTIS - Bermakna IBU/BAPA menyerahkan
sebahagian daripada Autoriti mereka kpd. Guru, Pengetua dan pihak sekolah dalam
proses menghantar anak mereka ke sekolah
-INTRA VIRES -
Melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan perundangan yang
ditetapkan .
-ULTRA VIRES - Tindakan pihak berkuasa di luar
batas kuasa yang diberikan.
-MALA FIDE - Niat
buruk/jahat.
-LIABILITI VIKARIUS - Keadaan di mana pihak majikan
(KPM) dianggap turut bertanggungjawab terhadap kesalahan pekerjanya dalam suatu
tuntutan kes kecuaian .
-UNDANG-UNDANG TORT –Undang-undang yang berkaitan
dengan peruntukan ganti rugi kepada plaintif terhadap kecederaan peribadi dan
kerosakan harta yang disebabkan oleh kecuaian defendan
-TORT – Sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh
defenden dan membolehkan plaintif mendapat ganti rugi di dalam mahkamah sivil .
SURAT-SURAT
PEKELILING IKHTISAS.
-Pakaian Seragam Sekolah.
-Mengatasi Masalah Keciciran
-Merokok
-Pengharaman Judi
-Pakaian Seragam Untuk Murid-murid Sekolah
Menengah.
-Potongan Rambut Murid
-Menganjur Dan Menjual Loteri Di Sekolah-sekolah.
-Pakaian Murid-murid Perempuan Di Sekolah Menengah.
-Pakaian Seragam Sekolah-sekolah
-Acara Suaikenal Di Sekolah / Ragging.
-Mengenakan Hukuman Biasa ( Tidak Dinyatakan Dalam
Peraturan )
-Larangan Bermain Bahan Letupan.
-Garis Panduan Kempen Anti Merokok.
-Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah ( Pindaan ).
-Pemakaian Tudung / Mini Telekung Bagi
Pelajar-Pelajar Perempuan.
-Pakaian Seragam Sekolah.
-Laporan Kepada Polis Salahlaku Yang Berbentuk
Jenayah.
-Menangani Masalah Ponteng.
-Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah.
-Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok.
-Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok.
-Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid-Murid
Sekolah.
-Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster.
-Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif.
-Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah.
-Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cyber Cafe
Dan Pusat Permainan Video Kepada Murid-Murid Sekolah.
-Kuasa Guru Merotan Murid.
-Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih.
-Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid
Sekolah Bertarikh 23 Dis 2005.
-Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna
Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah.
-Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Perbuatan
Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah.8 ( 10 )
-Pelaksanaan Standard Operating Prosedure ( S.O.P
) 1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu
Disiplin Murid.7 (11)
-Peraturan Berkenaan Rambut Dan Pemakaian Steel
Bangel ( KARA ) oleh murid keturunan Sikh.3 ( 11 )
Pengertian
Hukuman
Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan
hukuman bagi sesuatu salah laku.
Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman
:
1.1
Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku
yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang bersifat
memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.
1.2
Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang
dihukum.
1.3
Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas
yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang
menyakitkan, atau manafikan sesuatu yang disukainya.
1.4
Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru BesarDan Guru
ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera (corporal
punishment) , Penahanan (detention) dan Amaran.
Pengertian
Pembuangan Sekolah
1.1
Hukuaman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati
bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan
Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplinj Sekolah) 1959.
1.2
Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang
mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya
diambil oleh Pengetua/Guru Besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan
yang serius kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah,
tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.
Pengertian
Penggantungan Sekolah
1.1
Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu
dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara
sahaja dalam jangka masa yang berpatutan sehinggan tidak lebih 14 hari
persekolahan.
1.2
Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu
sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan
mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya. Pengetua/Guru Besar
berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih
14 hari.
1.3
Penggantungan yang di buat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan
hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengetua/ Guru
Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan Pelajarn (Disiplin
Sekolah) 1959.
1.4 Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan
menghukum peluang yang cukup untuk membuat penjelasan (to show case) hendaklah
diberi.
Pengertian
Hukuman Dera (corporal punishment)
1.1
Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid perempuan)
tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959.
1.2
Dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh
murid. Hendaklah dibuat setelah sesuatu saalah laku telah dapat disahkan.
1.3
Dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar sendiri atau oleh guru yang
berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut
keadaan (Perkara 6 Ordinan Pelajaran,
1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959.
1.4
Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan
pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung
yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar permpuan dilarang secara nyata
dalam Perkara 5 Ordinan Pelajarn, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959.
Pengertian
Hukuman Penahanan (detention)
1.1
Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat
(delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan dataang diharap dapat
dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan
masa lapangnya.
1.2.1 Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa
dan jumlah jam seseorang itu ditahan.
1.3
Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada murid
berkenaan dan juga murid yang lain.
1.4
Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan
membina.
Pengertian
Hukuman Amaran
1.1
Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua / Guru Besar atau guru
yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan
kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu.
1.2
Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kerana berpendapat bahawa kurang
wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.
1.2.2
Tindakan hukuman merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi kategori salah laku
ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi
kategori salah laku berat.
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Unutk Guru Besar dan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan