:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Isnin, 3 April 2017

ePrasekolah; Login Sistem E-Prasekolah


EPrasekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu portal khas untuk pendaftaran murid prasekolah atau tadika yang boleh diakses direct oleh ibubapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka.
Paling terbaru ialah pendaftaran murid ke prasekolah bagi tahun 2018 yang mana permohonan atas talian melalui portal E-Prasekolah ini dibuka dari 1 Mac 2017 hinggalah 30 April 2017.

Login E-Prasekolah disini


Login ke Sistem E-Prasekolah disini


Perbezaan EPrasekolah dengan APDM dan SMPK

Eprasekolah secara kasarnya mungkin admin boleh katakan berfungsi sebagai satu laman web pendaftaran murid ke prasekolah yang diisi sendiri oleh ibubapa. Manakala SMPK pula berfungsi sebagai satu sistem data maklumat murid selepas mereka didaftarkan kedalam sistem dan diterima.

SMPK ini diuruskan oleh para guru prasekolah atau tadika sama ada untuk mengemaskini data dan sebagainya. Begitu juga APDM atau dikenali sebagai Aplikasi Pangkalan Data Murid adalah sistem untuk mengemaskini data murid sekolah rendah dan menengah yang diurus tadbir oleh guru di sekolah.


Pengumuman Semasa Portal EPrasekolah

Pendaftaran Murid Prasekolah Sesi 2018

Syarat Kelayakan Memohon ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:

-Kanak-Kanak Yang Lahir Pada 2 Januari 2012 – 15 Januari 2014.
-Kanak-Kanak Warga Malaysia Sahaja.
-Tempoh pendaftaran ONLINE dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017. Sila lakukan pendaftaran anda di portal e-prasekolah ini. Ibubapa daftarkan diri untuk masuk kemudian barulah daftarkan anak untuk memasuki prasekolah thuan 2018.
-Tempoh pendaftaran manual pula dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017. Dapatkan borang dan hantar kepada alamat yang diberikan.
-Semoga segala urusan dipermudahkan. Jika anda sebarang pertanyaan boleh tanya di bahagian komen dibawah post ini.


Bantuan Helpdesk Sistem EPrasekolah

Jika anda menghadapi sebarang masalah mengenai portak E-Prasekolah ini, anda boleh hubungi dengan segera bahagian helpdesk seperti berikut.

-Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
-Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
-Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat

eprasekolah@moe.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan