:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Selasa, 7 Jun 2016

Senarai Tugas P.K Pentadbiran, P.K Hal Ehwal Murid dan P.K Ko-Kurikulum





Senarai Tugas Penolong Kanan 1 (Pentadbiran & Kurikulum)

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

-Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
-Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
-Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
-Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
-Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.


SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

Kurikulum

-Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.
-Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
-Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
-Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
-Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
-Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
-Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
-Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
-Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.


Pengurusan

-Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
-Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan.
-Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
-Membantu merancang takwim sekolah.
-Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
-Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
-Menyelaras semua jenis kutipan yuran
-Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
-Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
-Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.


Pembangunan Diri Pelajar

-Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah.
-Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
-Mengadakan kursus kemahiran pelajar.


Pembangunan Organisasi.

-Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
-Mengadakan kursus/latihan personal.


Pembangunan Kendiri.

-Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
-Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
-Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
-Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.




Senarai Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)


A. BIDANG TUGAS:

1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko- kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.



B. Senarai Tugas:

Pentadbiran

1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.


C. Disiplin:

1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.


D. Bimbingan dan Disiplin:

1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.


E. Program Perlindungan:

1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.


F. Skim Pinjaman Buku Teks:

1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.


G. Biasiswa Dan Bantuan:

1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.


H. Ko-kurikulum:

Sukan Dan Permainan:

Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.


Persatuan Dan Kelab:

Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.


Pasukan Pakaian Seragam:

1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian seragam.
2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di sekolahnya.


Koperasi Dan Simpanan Pelajar:

1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat sekolah.
2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar.


Tugas Dan Tanggungjawab Lain:

1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-kurikulum.
2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi dalam bidang itu.
3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk para pelajar.

Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.




Senarai Tugas Penolong Kanan Kokurikulum


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA DI BAWAH KO KURIKULUM [KLIK SINI]


BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN KO KURIKULUM

-Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK Pentadbiran/ PK HEM
-Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
-Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum
-Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah
-Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum sekolah


SENARAI TUGAS (KOKURIKULUM)

BIDANG PERSATUAN / KELAB

-Merancang kegiatan persatuan dan kelab
-Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
-Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
-Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah


UNIT BERUNIFORM

-Merancang kegiatan persatuan dan kelab
-Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
-Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
-Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah


SUKAN DAN PERMAINAN

-Merancang kegiatan persatuan dan kelab
-Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
-Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
-Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah


PENTADBIRAN

-Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan/Sukan dan permainan serta unit pakaian seragam
-Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum
-Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum
-Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum yang diambil
-Membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam program yang melibatkan kokurikulum
-Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Upacara Sekolah
-Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum untuk meningkatkan tahap pencapaian
-Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum
-Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkap dan dihantar satu salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
-Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang kokurikulum
-Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka
-Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kamalangan yang layak dituntut
-Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah (jika perlu)


TUGAS-TUGAS LAIN

-Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa

-Melaksanakan arahan dan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan