:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Selasa, 14 Jun 2016

Waktu Mengajar Guru Di Sekolah Mengikut Pekeliling

AGIHAN TUGAS MENGAJAR
Jadual Waktu

Suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam satu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu.


JADUAL WAKTU yang digubal itu mestilah memenuhi kriteria berikut:

-Mematuhi kursus pengajian KSSR/KSSM
-Mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis jumlah waktu
-Peruntukan waktu mengikut Pekeliling terkini dan mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar
-Memenuhi kehendak jadual waktu anjal
-Fleksibel bagi memenuhi keperluan & kepelbagaian potensi murid


Pertimbangan Dalam Penyediaan Jadual Waktu

Faktor Undang-Undang

Dokumen yang mempunyai kuasa undang-undang terhadap semua aktiviti kurikulum sekolah [P.U.(531): Peraturan Kurikulum Kebangsaan]

Surat Pekeliling Ikhtisas:
- Bil. 8/1990
- Bil. 6/1991
- Bil.7/1994
- Bil. 10/1995


P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 6 (1)
Mengadakan dengan serta merta untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar satu jadual waktu mengenai:
-Semua mata pelajaran yang diajar
-Sukatan pelajaran mata pelajaran yang diajar

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTUPerkara 6 (2)
Hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 7
Seorang guru hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar:
-Salinan sukatan pelajaran yang diajar
-Senarai murid di bawah tanggungjawabnya

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 10
Seorang Pengetua / Guru Besar suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (1)
Seorang guru hendaklah mengajar mengikut:
-suatu sukatan pelajaran yang diluluskan
-satu jadual waktu yang diluluskan

Jika tidak, dianggap melakukan satu kesalahan dan boleh didenda:
- tidak melebihi RM5,000
- penjara tidak lebih 3 bulan
- kedua-duanya sekali

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (2)
-Seorang Pengetua, Guru Besar atau guru yang melanggar Peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan kesalahan
-Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500

Surat Pekeliling KPPM/5:22 Jun 1998
Guru Besar / Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya lima waktu seminggu

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/78
Guru Besar harus mengutamakan guru terlatih untuk mengajar kelas peperiksaan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 25/98
Pelaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah matapelajaran wajib diajar mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981
Penggunaan Waktu Tidak Mengajar /Waktu Luang Oleh Guru-Guru

Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja
• Sedia ABM
• Semak Buku Latihan
• Rancang Pelajaran dll


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

    Mengandungi
1. Rancangan Pelajaran Tahunan
2. Rancangan Pelajaran harian

    Objektif:
- Bagaimana cara untuk mencapai objektif
- Sejauh mana objektif itu tercapai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan