:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Khamis, 19 Mei 2016

Permohonan KWAMP dan Senarai Semak Fail



MUAT TURUN:
-Borang permohonan bantuan KWAPM (permohonan sekolah) sila klik Lampiran 2
-Borang kebenaran potongan gaji bulanan untuk sumbangan kepada tabung KWAPM sila klik Lampiran 3
-Brosur Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Sila klik brosur KWAPM
-Pekeliling Kew. Bil.5 Tahun 2012 – Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sila klik Lampiran 4
-KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Guru KWAPM) sila klik Lampiran 5
-SENARAI SEMAK FAIL KWAMP (BORANG PEMANTAUAN)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

Jenis dan Kadar Bantuan KWAPM

Jenis dan kadar bantuan KWAPM adalah seperti berikut:-



Kriteria Kelayakan Bantuan KWAPM

1. Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).

2. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.

3. Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:


4. Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Berdasarkan Surat Ikatan Amanah KWAPM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan juga sumbangan daripada orang ramai.


Bagaimana anda boleh menyumbang ke tabung KWAPM?

1. Mengkredit terus sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank seperti berikut:


NO. AKAUN : 5640 1611 7704*

*NOTA: Setelah kreditkan sumbangan, tuan/puan dipohon fakskan butiran diri dan transaksi (slip bayaran) kepada Unit KWAPM - Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM di 03 - 8884 7611 / 7509 untuk cetakan resit rasmi.


2. Melalui Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam dengan mengisi borang potongan gaji bulanan yang dilampirkan dan mengemukakan kepada Unit Kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.

3. Melalui cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada:

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Kewangan
Aras 6-7, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8000 8000/

sumber asal: cikgushare.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan