:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Jumaat, 6 Mei 2016

Buku Panduan Rancangan Intergrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)



Sekolah adalah merupakan salah satu agen yang berkesan kearah menyatupadukan murid-murid. Sekolah juga boleh memainkan peranan yang lebih berkesan jika kegiatan-kegiatan khas dijalankan bersama di antara ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) terutamanya sekolah-sekolah yang terletak di dalam satu kawasan atau yang berhampiran (tetapi bukan dalam satu kawasan).

Peluang untuk bergaul dan bermesra di kalangan murid-murid bagi sekolah-sekolah di dalam satu kawasan atau yang berhampiran ini hendaklah diwujudkan. Demikian juga jika peluang untuk bergaul dapat disediakan dengan baik dan dilaksanakan secara sedar dan terancang serta bertanggungjawab, proses integrasi murid-murid pelbagai kaum dari ketiga-tiga jenis sekolah itu dapat dipupuk dan dibina lebih awal sebelum mereka masuk ke sekolah-sekolah menengah.

Rancangan Intergrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ini juga akan dapat memberi peluang kepada sekolah-sekolah yang berkenaan itu berkongsi mengguna dan mengadakan kemudahan dan peralatan. Dengan cara demikian, murid-murid dari sekolah atau sekolah-sekolah yang terlibat akan dapat menikmati kemudahan yang tidak terdapat di sekolahnya sendiri. Perkongsian ini juga akan dapat menjimatkan perbelanjaan untuk mengadakan kemudahan atau peralatan tersebut bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan atau peralatan itu.

Rancangan yang dicadangkan ini adalah rancangan kegiatan-kegiatan khas dan oleh kerana itu ia tidak akan menjejaskan keperibadian serta kedudukan ketiga-tiga jenis sekolah rendah yang berkenaan. Disebaliknya, rancangan ini akan mempertingkatkan lagi kerjasama di antara ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam usaha-usaha yang mendatangkan faedah dan kepentingan bersama.


Konsep

Rancangan Integrasi Murid-Murid ini menekankan penglibatan dan kerjasama murid-murid dari
ketiga-tiga jenis sekolah yang jenis sekolah yang berkenaan di dalam:
-Penggabungan kegiatan-kegiatan khas;
-Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah;
-Perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada.


Objektif Rancangan

Objektif rancangan ini adalah:
-Peningkatan penyertaan murid-murid dan guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan di dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama;
 -Peningkatan pergaulan, kesefahaman, bekerjasama, tolong menolong muhibah dan toleransi di antara murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan secara sedar dan terancang;
-Penggunaan kemudahan dan peralatan ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan secara bersama dengan maksima.


Murid-murid Yang Terlibat

-Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah
 yang berkenaan yang berada di dalam satu kawasan.
-Murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan yang berhampiran (tetapi bukan
 di dalam satu kawasan) yang membolehkan rancangan ini dijalankan dengan berkesan.
-Murid-murid dan sekolah-sekolah yang akan dilibatkan dalam rancangan ini telah pun
 dikenalpasti oleh Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.


Pengesanan Dan Penyeliaan

Unit Ko-Kurikulum di Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan adalah bertanggungjawab di atas pelaksanaan, pengesanan dan penilaian Rancangan Integrasi Murid-Murid ini.

Sebagai panduan untuk pengurusan RIMUP di sekolah, boleh muat turun dokumen-dokumen di bawah:


MUAT TURUN

sumber; cikgushare.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan