:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Sabtu, 3 Jun 2017

KPM; Tegaskan Tidak Pernah Iktiraf PIBGN

Kuala Lumpur, 2 Jun - Kementerian Pendidikan Malaysia menegaskan tidak pernah mengiktiraf Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang dinaungi oleh Datuk Dr Mohamad Ali.

Dalam satu infografik yang dikongsikan di dalam laman Facebook, KPM menyatakan persatuan tersebut tidak pernah diiktiraf dan hanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah sahaja diiktiraf dan berdaftar.

Menurut Akta Pendidikan 1996 Pekara 56 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2004 bertarikh 10 Jun 2004 dengan jelas menyatakan

"Persatuan tidak boleh bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa - Guru di sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak"


PIBGN sebelum ini seringkali menjadi sasaran media untuk mendapatkan pendapat mereka berkenaan isu-isu pendidikan di dalam negara ini.




sumber asal: cikgushare.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan