SSDM ONLINE ini ialah satu cabang lagi kepada Modul
Pengurusan Murid dan berkait rapat dengan sistem APDM sekolah. SSDM membawa
maksud ” Sistem Sahsiah Diri Murid” dan
sangat penting dalam pengurusan disiplin murid kita.
Secara amnya, Sistem SSDM Online v2.0 ini merupakan
penambahbaikan sistem SSDM Online yang sedia ada. Sistem ini mementingkan
Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan
murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan
elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh
dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.
SSDM Online
Login ke Sistem Sahsiah Diri Murid
ssdm-online-login
> Login SSDM <
Klik Login ke Sistem Sahsiah Diri Murid
Tujuan
Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM Online
Setiap sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia KPM pastinya mempunyai tujuan tersendiri. Begitu juga
dengan SSM Online. Antara tujuan sistem ini adalah untuk :
-Menambahbaik
SSDM sedia ada.
-Membantu
pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat
Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
-Membantu
pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
-Memastikan
murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling.
-Menjalin
rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM,
Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
-Sebagai
pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.
Carta Alir
Pengurusan SSDM Online
Secara umumnya, SSDM Online ini mempunyai beberapa
“flow” atau langkah aliran kerja yang perlu diikuti mengikut situasi atau
kesalahan yang berlaku. Carta alir ini juga sebenarnya dipengaruhi oleh jenis
kes yang dilaporkan seperti
-Kes
Hukuman Amaran Lisan
-Kes
Tiada Asas
-Kes
Hukuman Amaran Bertulis
-Kes
Hukuman Gantung Sekolah
-Kes
Hukuman Buang Sekolah
-Kes Hukuman Denda
-Kes
Hukuman Kelasn Tahanan
-Kes
Hukuman Rotan
Melapor
Amalan Baik
Bagi guru yang ingin mendapatkan carta alir yang
lebih tepat, jelas dan menyeluruh boleh rujuk disini.
Ciri-ciri
SSDM Online
1. PANGKALAN DATA DISIPLIN
SSDM Online akan menjadi pangkalan data tunggal
pengurusan disiplin murid, daripada peringkat sekolah hingga peringkat
nasional. Data-data dalam sistem ini akan dijadikan rujukan oleh semua pihak yang
berkepentingan dengan pendidikan
2. SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN
Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas
dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah murid, seterusnya semua pihak boleh
berganding bahu dalam usaha membantu murid-murid, terutama yang bermasalah
disiplin, ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.
3. MENGUTAMAKAN AMALAN BAIK
Sistem ini mengutamakan amalan baik sebagai proses
pembentukan sahsiah. Murid-murid akan digalakkan melakukan amalan baik untuk
mengingkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukan amalan baik ini, diharap
dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan kesalahan disiplin dari
semasa ke semasa.
4. PENGUKURAN SAHSIAH
Dalam mengklasifikasikan sahsiah murid-murid,
sistem mata (markah) diperkenalkan. Klasifikasi berasaskan sistem mata ini
boleh digunakan dalam membantu murid-murid meningkatkan status sahsiah ke arah
yang lebih baik. Mana kala murid-murid yang baik akan digalakkan untuk mencapai
status sahsiah amat baik dan terpuji. 5 Status Sahsiah
-Terpuji
-Amat
Baik
-Baik
-Perlukan
Perhatian
-Perlukan
Perhatian Serius
5. KAWALAN SISTEM
Sistem ini akan mengawal tindakan / hukuman supaya
selaras dengan surat pekeliling ikhtisas serta peraturan-peraturan bagi
mengelakkan ketidakpuasan hati masyarakat. Selain itu, sistem juga akan
mengeluarkan surat-surat amaran dan
makluman tindakan dalam bentuk yang seragam dan standard, dan dicetak
secara automasi.
6. KES KHAS
Tambahan perkara dalam senarai salah laku telah
dibuat, yang merujuk kepada Kes Khas, iaitu kes-kes yang hanya untuk
dilaporkan, dan bukan untuk diambil tindakan / hukuman oleh pihak sekolah.
Senarai kes khas ini dibuat dengan mengambil kira Surat Pekeliling Ikhtisas
serta keperluan data-data kementerian untuk dilaporkan kepada Parlimen.
7. MESRA PENGGUNA
Sistem ini dibina dengan mengambil kira aspek ‘mesra
pengguna’. Kemudahan-kemudahan dan capaian sistem yang ‘mesra pengguna’ ini
diharap dapat meyakinkan guru-guru untuk meggunakan sistem ini tahap yang
maksimum, sekali gus menghidangkan data-data nasional yang lebih tepat.
8. MUDAH DIAKSES
Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama
guru di sekolah, selain PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain
penggunaan laptop dan komputer, sistem ini dirancang penggunaannya hingga
capaian android dan smart phone.
9. MELIBATKAN SEMUA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN
Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam
kalangan semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan, sama ada
murid-murid, penjaga, guru-guru, pegawai-pegawai PPD, JPN dan KPM.
sumber asal:sistemguruonline.my
sumber asal:sistemguruonline.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan