:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Khamis, 30 Mac 2017

Minggu AntiDadah: Program Gotong - Royong dan Aktiviti Mewarna Poster


Pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) dan Unit PPDa telah menganjurkan aktiviti Gotong-royong Perdana dan Aktiviti Mewarna Poster seperti ketetapan berikut:

Tarikh  : 30 Mac 2017
Masa   :  7.30 pagi – 12.45 tengahari
Tempat : SK Panji, 16100 Kota Bharu, Kelantan.


Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SKP akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K dan PPDa. 

Objektif;

1. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. Melaksanakan  amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

3.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

4.Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan