:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Jumaat, 3 Mac 2017

Pelan Strategik Pra Sekolah


Sebelum itu mari kita kenali konsep Pra Sekolah: Apakah Konsep Pra Sekolah?

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema".

Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah Bestari.

Pelan Strategik ini boleh disesuaikan dengan sekolah anda, ia juga mengandungi Pelan Taktikal dan Pelan Operasi. Bagi guru-guru yang ingin mendapatkan contoh Pelan Strategik Pra Sekolah boleh dapatkannya [di sini]. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan