Perasmian Program 'Jom Ke Sekolah '
dan Peti Aduan Disiplin
Pagi tadi berlangsungnya Majlis Pelancaran Program
Jom Ke Sekolah peringkat sekolah. Program ini merupakan program kolaboratif
antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) disemua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal Persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan kearah membentuk sahsiah murid lebih positif.
Objektifnya adalah bagi memwujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.
Muat Turun: [Klik Sini]
KERTAS KONSEP DAN ATUR CARA PRODRAM JOM KE SEKOLAH
TEKS UCAPAN KPN
TEKS UCAPAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan