Perbuatan buli dalam kalangan murid di sekolah
merupakan perbuatan yang perlu ditangani secara serius oleh pihak pengurusan
sekolah. Buli bererti orang yang menggunakan kekuatan atau
kekuasaannya untuk menakukna atau menyakitkan orang yang lebih lemah.
Perbuatan membuli boleh berlaku sama ada secara
fizikal atau pun menggunakan bahasa yang boleh memberi kesan menakutkan atau
menyakitkan orang yang lebih lemah. Dalam hal ini, seseorang murid yang kena buli akan
mengalami kesan emosi yang mendalam seperti menjadi murid, sentiasa dalam
keadaan ketakutan, hilang keyakinan diri serta boleh mengakibatkan kecederaaan
fizikal yang teruk malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Sebagai langkah pencegahan terhadap perbuatan buli
ini, Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 Garis Panduan Mencegah danMenangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah telah dikeluarkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan.
Perkara ini menjadi topik perbualan semula selepas
beberapa pihak berkepentingan seolah-olah mempertikaikan kredibiliti KPM dalam
menangani isu buli ini. Pekeliling garis panduan ini juga telah dikongsikan
oleh KPPM sendiri di dalam FB beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan