Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi
perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pettandingan 3K.
Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui
Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk
menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi
matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan
dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan
keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan
membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Muat Turun
Contoh Kertas Kerja Gotong Royong Program 3K.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan