“Cikgu, si Abu selalu minta duit saya”
“Cikgu, si ???? beli nasi setiap hari guna duit
saya”
Pernah tak para guru selalu mendengar keluhan atau
aduan ini dari para pelajar?
Tapi tahu kah yang sebenarnya, kes ini sebenarnya
berlaku di sekolah hampir setiap hari?
Rasanya perkara ini semestinya disedari para guru.
Namun cara mengatasi yang paling berkesan bagi masalah masalah seperti ini
tidak dikenalpasti.
Trauma dan kesan daripada masalah disiplin sangat
buruk. Sudah pasti bukan tanggungjawab mutlak para guru sebab masalah disiplin
ini tiada siapa yang boleh dipersalahkan. Hanya kita sebagai guru yang cakna
akan masa depan pelapis masyarakat haruslah membuat inisiatif inisiatif yang
terbaik bagi mencegah masalah disiplin ini lagi. Kadang kadang bila diserahkan
pada pihak penguatkuasa ada yang mengambil mudah sahaja. Bahkan langsung tak
dilayan.
Susulan satu ucapan dari Dato’ Seri Mahadzir Khalid
semalam di Terengganu, beliau menyarankan agar pihak sekolah menyediakan “Peti
Aduan Masalah Disiplin”. Konsepnya mudah sahaja. Sediakan peti aduan di kawasan
sekolah dan pengadu tak perlu umumkan identiti mereka. Setiap aduan akan
diambil alih oleh guru disiplin dan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar untuk
menganalisis aduan aduan dan memilih tindakan selanjutnya yang difikirkan
paling terbaik.
Selepas itu, guru yang terlibat juga boleh
menghubungi pihak berkuasa sekiranya skala masalah disiplin didapati kritikal
atau sehingga menjadi punca masyarakat rosak.
Teks ucapan asal seperti berikut;
“Melalui peti aduan ini pelajar boleh melaporkan
walaupun dia tidak tulis nama, sekurang-kurangnya jika ada perkara yang
diketahui, ia boleh disalurkan kepada pihak sekolah dan kementerian.
“Peti aduan ini akan diletakkan di bawah penyeliaan
guru disiplin atau penolong kanan hal ehwal pelajar sekolah masing-masing,”
katanya selepas perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Peti Aduan
Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad Kuala Nerang di sini hari
ini.
Yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar. Mahdzir berkata, kewujudan peti aduan tersebut perlu
dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar dan pihak sekolah dengan segera menyiasat
setiap maklumat yang diperoleh sebelum melaporkan kepada kementerian dan pihak
berkuasa.
“Pelajar tidak perlu takut untuk menyalurkan
sebarang maklumat berkaitan pelajar yang terbabit dalam salah laku ini kerana
setiap maklumat yang dilaporkan adalah rahsia,” katanya.
sumber :
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/video-sekolah-diminta-sediakan-peti-aduan-1.440996#sthash.eV5Gzg0P.dpuf
Faktor utama masalah disiplin dan pelaku disiplin
tidak diketahui sebenarnya :
1. Mangsa yang diugut jika buat laporan
2. Tiada Platform yang mudah untuk buat aduan.
3. Ibu bapa yang terlebih melindungi kesalahan anak
anak
Jadi pihak pembaca semua merasakan bagaimana dengan
saranan Menteri Pendidikan? Setuju tak?
Rasanya pandangan ini wajib dilaksanakan di setiap
sekolah.
Untuk tambahan, pihak sekolah boleh perkenalkan
page ‘facebook’ atau apa apa laman sosial yang bertujuan untuk aduan disiplin
supaya pelajar dapat buat laporan melalui kemudahan kemudahan yang disediakan.
‘Prevention is better than cure’. Jom kita sama
sama sahut usaha ini mewujudkan Peti Aduan. Banteras masalah disiplin dari
berkembang.
sumber asal; SGO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan