Ujian yang mampu meramalkan kejayaan murid dalam
program pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka dan merupakan satu alat pentaksiran
alternatif yang boleh digunakan untuk tujuan pemilihan
Tujuan Ujian Aptitud:
Untuk mendapat data bagi tujuan pemilihan
murid-murid yang layak memasuki program khusus pendidikan seperti SBP, Sekolah
Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Men Agama dan tujuan pemilihan yang lain.
Disebabkan ujian aptitud merupakan kertas soalan
tertutup dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan peperiksaan, maka tidak
ramai yang tahu bentuk soalan ujian. Masing-masing tertanya-tanya bentuk
soalan.
Format Ujian:
Satu kertas ujian objektif aneka pilihan
mengandungi tiga Bahagian dengan 61 item.
Masa menjawab - 90 minit, iaitu 1 jam 30 minit.
Tiga bahagian adalah seperti berikut:
a)Bahagian I : Kemahiran Berfikir (20 item)
b)Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan - Masalah
dan Membuat Keputusan (20 item)
c)Bahagian III: Minat, Kecenderungan (20 item)
Kesediaan (1 item)
Contoh-contoh soalan:
1. Pilih huruf yang sesuai untuk mengisi tempat
kosong bertanda ( ) bagi urutan berikut:
H, K, N, Q, ( )
A. P
B. R
C. S
D. T
2. Jika Siang :: Malam maka Panjang ::
A. Bulat
B. Kurus
C. Pendek
D. Rendah
3. Empat beradik Along, Angah, Uda dan Ucu
membahagikan wang sebanyak RM1000 seperti berikut:
Along mendapat sebanyak jumlah wang Uda dan Ucu.
Jika Angah mendapat RM400, berapakah wang yang diterima Along?
A. RM150
B. RM200
C. RM300
D. RM600
Berikut merupakan jadual pelaksanaan pentaksiran
psikometrik ujian aptitud am Tahun 6 tahun 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan