1. Inventori Individu Dan Rekod
-Mengendalikan fail
bimbingan untuk setiap orang pelajar
-Bertanggung jawab
mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian dan
pentafsiran minat pelajar.
-Mengawas perangkaan
dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.
-Menyelaras, menjaga
dan mengemaskini rekod pelajar.
-Memberi maklumat
objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar
bermasalah untuk tujuan pemulihan.
-Menjalankan dan
memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu
perkembangan diri pelajar.
2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.
-Mengumpul, menyedia
dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada
pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari
kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
-Menambah dan
mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial
dan peribadi.
-Memberi maklumat
dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat.
-Mengelola lawatan
terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan
lain.
-Memberi maklumat
mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan
anggota masyarakat.
-Menyebar maklumat
mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.
3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
-Mengelola dan
melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar
(instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri,
vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama
pelajar.
-Mengadakan bimbingan
dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai
sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah
disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang
dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.
-Membantu pelajar
memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM.
-Menubuh dan melatih
pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.
4. Perkhidmatan Kaunseling
Kaunseling dengan
pelajar secara individu atau kelompok mengenai:
-Pencapaian akademik
yang tidak memuaskan.
-Rujukan yang
dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
-Kerjaya, pelajaran
dan peribadi.
-Tidak turut serta
dalam aktiviti ko-kurikulum.
-Masalah disiplin
seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan
bahan inhalen.
-Kaunseling
keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh
mengendalikannya.
-Kaunseling tunjuk
ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar
perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai,
kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan
menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.
5. Perkhidmatan Penempatan
-Membantu pelajar
memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan
kemampuan.
-Penempatan
pekerjaan:
-Menjadi penyelaras
menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama
ini diadakan).
-Membantu Bahagian
Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau
butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah
vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).
-Membantu
menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi
pekerjaan.
6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen
-Mengadakan
bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar
dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen.
-Memberi bantuan
atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan
rawatan.
-Membuat penilaian
dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan
Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.
7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan
-Membantu bekas
pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya,
pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
-Membantu pihak pentadbir
dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di
sekolah.
-Membantu ibu bapa
atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
-Berunding dan
berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi
perkhidmatan bimbingan di sekolah.
-Merancang bersama
dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi
kemajuan pelajar.
-Mengadakan
prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah
kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar
jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.
8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos
-Penyelaras bagi
aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan
agensi lain.
-Menjadi punca
rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
-Penyelaras bagi
penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam
program bimbingan di sekolah.
-Merancang dan
menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti
bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.
9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa
-Mengadakan hubungan
dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya
dalam pelajaran.
-Mengubungi ibu bapa
atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
-Menjadi penyelaras
program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.
-Bekerjasama dengan
ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar.
-Mengadakan
kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar
berpunca daripada keluarga.
10. Perkhidmatan Penilaian
-Membuat penilaian
aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti
Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana
Anti Dadah dan motivasi pelajar.
-Menilai modul atau
model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.
11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi
-Sebagai urusetia
kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru
bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di
bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod,
perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian
bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh
jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri
dan Kementerian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan