:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Khamis, 20 Julai 2017

Buku Pengurusan Kantin Sekolah 2017


Peranan Jawatankuasa Kantin di semua peringkat adalah amat penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaan garis panduan ini. 


Pihak Pengurusan sekolah akan memastikan segala proses prosedur berkaitan perjanjian, kontrak dan memorandum persefahaman dipatuhi, sementara pihak pengusaha kantin pula dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai pengusaha kantin sekolah yang cemerlang. Ini adalah kerana tujuan utama mengadakan kantin di sekolah adalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada murid-murid bagi kepetingan tumbesaran dan perkembangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial semasa mereka berada di sekolah.

PERANAN JAWATANKUASA ini bertujuan untuk membantu Pengetua atau Guru Besar dalam usaha membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin. menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan daripada pihak murid, guru, staf sokongan, ibu bapa kepada Pengetua atau guru Besar tentang pengurusan kantin. menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin. memastikan pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan baik.


PENYATAAN DASAR

Pengurusan Kantin Sekolah harus dilaksanakan secara berterusan dan cekap. Dasar pengurusan kantin sekolah yang diamalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa kini adalah berpandukan kepada arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa seperti:

-Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1967 : Panduan untukKesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah. K.P.8614/B/3/(2)
-Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1981: Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-Kantin Sekolah untuk murid-murid yang berbilang agama. K.P. 8786-39(41).
-Surat pekeliling Ikhtisas Bil 2/1983: Kantin Sekolah. KP 8591/Jld.ll(1)
-Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/98: Menjaga kesihatan pelajar di sekolah, (BS)8591/Jld.XIV(6).
-Surat Pekeliling : Penurunan kuasa MenandatanganiKerajaan dan pelantikan Jawatankuasa Sebut Harga. KP(S)10102/14/012(69).
-Surat Pekeliling 18 Ogos 2008 : Pelantikan Sebut Harga Di Sekolah- Sekolah Bukan Pusat tanggungjawab (PTJ). KPAK SEK/500-5 (18)
-Surat pekeliling 19 Sept 2008: Penurunan Kuasa Menandatangani Kontrak Bagi Sekolah-Sekolah Bukan Pusat Tanggungjawab (PTJ). Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2008.


TUJUAN

Memastikan segala prosedur berkaitan pengurusan kantin sekolah berjalan dengan cekap berpandukan arahan-arahan yang disediakan oleh pihak Kementerian serta agensi-agensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa tempatan. Pengusaha kantin pula dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai pengusaha kantin sekolah yang cemerlang.


PELAKSANAAN DASAR

Berpandukan Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2008


KAEDAH PELAKSANAAN

Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan aspek-aspek pengurusan kantin sekolah dipatuhi: i. Pematuhan perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah dilaksanakan mengikut prosedur dan spesifikasi yang ditetapkan. ii. Mewajibkan setiap pengusaha kantin sekolah menyediakan laporan harian pemeriksaan kendiri kantin sendiri sebagai penarafan kendiri pemeriksaan kantin sekolah.

Kriteria Pelaksanaan:

1. Penyediaan Perolehan Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah.
i. Menyediakan sebut harga
ii. Penubuhan Jawatankuasa Pembuka Peti sebut Harga
iii. Jawatankuasa Sebut Harga
iv. Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin sekolah

2. Pihak pengurusan kantin sekolah akan memastikan segala proses prosedur berdasarkan kepada elemen berikut:
i. Bangunan dan kemudahan kantin sekolah
ii. Pengendali makanan
iii. Makanan dan minuman

iv. Kawalan kebersihan dan keselamatan kantin v. Pengurusan kantin sekolah


Download :

1 ulasan: