:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Selasa, 23 Mei 2017

KPM; Lagu 'Aku Negaraku' Di Nyanyikan Dalam Perhimpunan Rasmi Sekolah


Petaling Jaya, 22 Mei 2017 - Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa mulai hari ini semua sekolah awam (sekolah kebangsaan) akan menerapkan Lagu Aku Negaraku bersama dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri dan juga lagu sekolah masing-masing apabila perhimpunan rasmi sekolah diadakan.

Penambahan lagu Aku Negarakku yang berenak kontemporari ini diharapkan akan menyuntik semangat positif dan patriotisme apabila dinyanyikan bersama-sama oleh guru dan pelajar. Ianya merupakan sebahagian dari inisiatif Negaraku yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.

Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Damanasara Utama, sebuah sekolah kluster kecemerlangan, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ybhg. Tan Sri Dr Khair bin Mohamad Yusof menyertai para pelajar dan guru-guru sekolah tersebut menyanyikan lagu Aku Negaraku, semasa perhimpunan sekolah.


"Saya berharap para pelajar sekalian akan menghayati dan memahami mesej yang terkandung dalam bait-bait lagu yang dinyanyikan semasa perhimpunan rasmi sekolah masing-masing menjiwai dan mengamalkan sebaik mungkin kerana ia dapat membentuk generasi yang berhemah tinggi dipacu oleh semangat sayangkan negara," kata Tan Sri Dr Khair.

Menurut beliau, selalin dari memberi tumpuan kepada pengajaran mata pelajaran seperti matematik, sains dan sebagainya, pihak sekolah juga memainkan peranan penting untuk membentuk pelajar menjadi insan cemerlang yang memeliki semangat patriotisme yang tinggi kepada negara.

Pengertian di sebalik lagu Aku Negaraku penuh bermakna. Malaysia mendapat tempat yang istimewa di hati rakyat, oleh itu setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan