:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Rabu, 5 April 2017

Contoh Carta Organisasi Sekolah


Contoh Carta Organisasi dan boleh diedit. Kali ini dikongsikan ‘native file’ Carta Organisasi Sekolah.

Seperti yang kita sedia maklum, carta organisasi sekolah wajib diperlukan oleh setiap sekolah. Dari deraf carta organisasi ini, anda pasti boleh mengubah suai untuk menyesuaikan dengan tujuan organisasi anda.

Reka bentuk Carta Organisasi ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.



Pada ruangan muat turun di bawah nanti, anda semua boleh dapatkan native file bagi Carta Organisasi ini. Biasanya kami melihat perkongsian yang diberi adalah dalam format JPG atau PNG.

Oleh itu, kami dapati amat sukar untuk guru guru lain menggunakannya bagi tujuan tersendiri. Disebabkan itu, SGO menyediakan bahan asal bagi Carta Organisasi agar para guru hanya perlu menukar gambar dan perkataan sahaja untuk mencapai objektif anda.

Sekiranya sahabat guru sekalian merasakan reka bentuk kami menarik dan mahu menggunakannya jadi berikut merupakan apa yang perlu anda lakukan.


Cara Sangat Ringkas Mengubahsuai Contoh Carta Organisasi

1.Menukar Tahun, Lencana Sekolah dan Perincian Nama Sekolah dan Alamatnya kepada Maklumat yang merujuk kepada sekolah anda



2. Kemudian anda perlu menukar icon guru dalam petak yang disediakan kepada gambar sebenar guru guru yang menyandang jawatan berkenaan.

3. Begitu juga dengan nama dalam petak yang disediakan. Anda hanya perlu menukarkan nama ‘En Sistem Guru Online’ kepada nama sebenar Guru yang akan menyandang jawatan tersebut.



Sekian itu sahaja langkah yang anda perlu lakukan dan Carta Organisasi Sekolah bagi sekolah anda sekarang telah sempurna.

Sedikit tambahan, carta ini dibuat bagi Carta Organisasi Sekolah. Namun jika kita ingin menggunakan bahan yang sama untuk Carta Organisasi Kokurikulum atau apa sahaja ianya juga bersesuaian.

Apa yang sahabat guru perlu lakukan hanyalah menambah kotak atau ‘delete’ kotak kotak yang tidak berkenaan. Jika ingin menambah kotak ianya hanya perlu ‘copy’ dan ‘paste’ sahaja.


Dapatkan Contoh Carta Organisasi Yang Boleh Diedit

Disini dikongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘Microsoft Presentation Slide’




sumber asal: sistemguruonline.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan