:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Isnin, 9 Januari 2017

Pelan Induk Pembangunan Profesional Keguruan (PIPPK)


MUAT TURUN SEMUA DOKUMEN BERKAITAN:

Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan.

PIPPK menyediakan garis panduan kepada PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan menjadi kerjaya pilihan utama.

PIPPK ialah dokumen rujukan utama dalam pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB). Pelan PPB (Guru dan Pemimpin Sekolah) yang diterbitkan oleh KPM pada tahun 2014 merupakan dokumen pengoperasian pelaksanaan PPB yang mengandungi transformasi amalan dan strategi pelaksanaan PPB bagi guru dan pemimpin sekolah. Buku PIPPK mengandungi lima bab iaitu:

Bab 1 membincangkan kerjaya guru sebagai kerjaya profesional yang menitikberatkan penguasaan PPP dari aspek pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesionalisme. Dalam proses pembangunan kerjaya, PPP diberi sokongan untuk pembangunan diri dan berpeluang memilih laluan kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi. Bab ini juga membentangkan Laluan Kerjaya Baharu untuk PPP yang merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Kepimpinan dan Kepakaran Pendidikan.

Bab 2 memaparkan Peta Laluan Latihan (Training Road Map) yang perlu diikuti PPP pada setiap laluan dan gred yang disandang. Peta ini dibangunkan berasaskan deskripsi tugas PPP dan menetapkan cadangan aktiviti PPB yang dikategorikan kepada lima iaitu PPB Asas, Pembangunan Kompetensi, Keperluan Dasar/Khusus, Pelengkap dan Elektif.

Bab 3 menjelaskan konsep pembangunan kompetensi. PPP hendaklah kompeten dalam bidang tugas mereka. PPP diwajibkan mengikuti aktiviti PPB bagi meningkatkan kompetensi agar tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkesan. Prestasi PPP diukur melalui Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Hasil penilaian ini menjadi asas dalam mengenal pasti keperluan mengikuti PPB bagi pembangunan kerjaya PPP.

Bab 4 memperincikan pelaksanaan PPB. Model PPB merupakan kerangka rujukan dalam pelaksanaan PPB. Aktiviti PPB boleh dilaksanakan atas inisiatif kendiri, institusi dan Kementerian. Inisiatif berasaskan kendiri akan dititikberatkan dan diutamakan menjelang Gelombang 3 pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Bab 5 menjelaskan tadbir urus pelaksanaan PPB yang dilaksanakan pada peringkat KPM. Bab ini memperincikan peranan penting Panel Pengurusan Sumber Manusia (PPSM) dan Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) dalam pelaksanaan PPB. Jawatankuasa ini betanggungjawab untuk memastikan implementasi dasar-dasar latihan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan