Muat Turun: Surat Pekeliling / Garis PanduanLawatan Murid
Contoh proses kerja mengikut keutamaan bagaimana pengelolaan lawatan / melancong dibuat
Kegiatan lawatan murid adalah tertakluk kepada
Peraturan Sekolah (Lawatan 1957) Ordinan Pelajaran 1956. Pelanggaran peraturan
ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000.00 atau enam bulan penjara.
Dalam melaksanakan kegiatan lawatan, beberapa
langkah perlu diambil bukan sahaja untuk memelihara keselamatan dan kebajikan
murid tetapi supaya kegiatan yang di anjurkan memberi manfaat kepada pengalaman
pembelajaran murid.
Untuk meningkatkan nilai pendidikan dalam aktiviti
lawatan sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat-surat
pekeliling ikhtisas berikut:
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000: Lawatan
Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan.
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2007: Garis Panduan Lawatan Murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan