:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Rabu, 30 Mac 2016

Pesanan Buku Teks SPBT Kegunaan 2017


eSPBT : Pesanan Buku Teks SPBT Kegunaan 2017


Pesanan buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah melalui sistem eSPBT. Laman web eSPBT ialah https://espbt.moe.gov.my/. Berikut ialah panduan memesan buku teks SPBT melalui eSPBT.


1. Sediakan Borang Unjuran Enrolmen Murid sebelum membuat pesanan. Borang tersebut boleh dimuat turun di menu bahagan muat turun.


[klik pada gamba untuk ke sistem eSPBT]

2. Dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox atau Google Chrome, log masuk ke eSPBT dengan alamat URL https://espbt.moe.gov.my/. Log masuk dengan:
ID Pengguna: kod Sekolah (Contoh: ABC1002)
Kata Laluan: 123456

3. Setelah log masuk, pilih dan klik PROFIL serta kemaskini profil.

4. Selepas kemaskini profil, pilih dan klik PRA PESANAN. Muat turun Borang Maklumat Stok Buku dan lengkapkannya sebelum pengisian dalam sistem untuk memudahkan kerja anda.

5. Pilih dan klik ENROLMEN MURID. Semak data dengan memilih Ya/Tidak. Betulkan data sekiranya data tidak betul. Simpan data selepas memastikan semua data betul. Sahkan Enrolmen Murid. (Peringatan: Pengesahan hanya sekali sahaja. Sila semak dengan betul.)

6. Log keluar. Pengetua atau guru besar perlu log masuk dengan:

ID Pengguna: PGB Kod Sekolah (Contoh: PGBABC1002)
Kata Laluan: 123456

Pilih dan klik MAKLUMAN untuk membuat pengesahan.

7. Masukkan data pesanan dengan menggunakan panduan di bawah.



8. Semak status pesanan sekolah.



Lampiran yang berkenaan (sila ke menu  muat turun):

Lampiran A - SENARAI BUKU TEKS TERBITAN BAHARU (BTB) KEGUNAAN MULAI TAHUN 2017
Lampiran B - BUKU TAHUN AKHIR PENGGUNAAN TAHUN 2017
Lampiran C - SENARAI JUDUL BUKU YANG DISEKAT PESANAN-2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan