[sumber foto:
Berikut disertakan kohot umur
bagi sesi persekolahan 2016.
02.1.09 - 1.1.2010 = Thn 1
02.1.08 - 1.1.2009 = Thn 2
02.1.07 - 1.1.2008 = Thn 3
02.1.06 - 1.1.2007 = Thn 4
02.1.05 - 1.1.2006 = Thn 5
02.1.04 - 1.1.2005 = Thn 6
02.1.03 - 1.1.2004 = Ting. 1
Murid yang telah mendapat
kelulusan pengecualian mengikuti pendidikan wajib (penangguhan) dari KPM/JPN
adalah tidak tertakluk kepada kohot umur diatas. Sekolah-sekolah boleh meminta
bukti salinan surat kelulusan penangguhan KPM/JPN daripada pihak ibubapa dan
disimpan dalam fail murid untuk rujukan pada masa akan datang sekiranya berlaku
isu berbangkit. Jika tiada surat kelulusan tersebut, murid dikehendaki mengikut
kohot umur yg ditetapkan.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.
14/2002 :
PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB DI
PERINGKAT RENDAH 2003
Pendidikan Wajib di Peringkat
Rendah
Pendidikan wajib di peringkat
rendah adalah satu undang-undang yang menghendaki setiap ibu bapa warganegara
Malaysia yang menetap di Malaysia yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun
pada hari pertama tahun persekolahan semasa,mendaftarkannya di sekolah rendah
dan terus menjadi murid di sekolah rendah di sepanjang tempoh pendidikan
rendah.
Tempoh Pendidikan wajib
Tempoh pendididkan wajib adalah
selama tempoh pendidikan rendah, iaitu selama enam tahun.
Tarikh Pelaksanaan Pendidikan
Wajib
Pendidikan wajib akan
dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003 yang meliputi
murid Tahun 1.
Kanak-Kanak Yang Terlibat
Kanak-kanak yang terlibat adalah mereka
yang dilahirkan antara 2 Januari 1996 hingga 1 Januari 1997.
Kanak-kanak yang tercicir tetapi tidak
terlibat dengan Pendidikan Wajib hendaklah dibantu supaya mereka dapat
bersekolah.
Proses Pendaftaran Seseorang
Kanak-Kanak Untuk Bersekolah di Sekolah Rendah
Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidika Negeri, Pejabat Pendidikan Gabungan, Pejabat Pendidikan Daerah serta
sekolah membuat pengumuman tentang pendaftaran anak-anak ke sekolah rendah
dengan cara berikut :
Permohonan Penempatan
Ibu bapa adalah di antara membuat
permohonan penempatan bagi anaknya untuk belajar di Tahun 1 di sekolah rendah
yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.
Permohonan penempatan ini boleh
dibuat di sepanjang bulan Mac.
Pengesahan Penempatan ke Tahun 1
Ibu bapa dinasihatkan membuat
pengesahan penempatan ke Tahun 1 di sekolah rendah di mana anaknya akan
ditempat kan apabila menerima maklumat berkenaan yang akan disampaikan oleh
sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Gabungan atau Jabatan
Pendidikan Negeri sepanjang bulan Ogos.
Penempatan seseorang kanak-kanak
ke sesebuah sekolah tidak semestinya sama dengan yang dipohon semasa membuat
permohonan penempatan. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan permohonan
ke sesuatu sekolah boleh ditolak.
Rayuan
Ibu bapa boleh membuat rayuan
mengenai penempatan sekolah anaknya kepada sekolah atau Pejabat Pejabat
Pendidikan atau Pejabat Pendidikan Gabungan atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Sebarang keputusan yang telah dibuat hasil daripada rayuan adalah muktamad.
Ibu bapa yang telah berpindah ke
tempat tinggal yang baru hendaklah memberitahu sekolah tentang alamat barunya
dan memohon supaya anaknya ditempatkan di sekolah baru mengikut alamatnya yang
terkini.
Pendaftaran Hari Pertama Persekolahan
Ibu bapa hendaklah membawa
anaknya untuk berdaftar pada hari pertama persekolahan dengan membayar
yuran-yuran yang dikenakan oleh sekolah berdasarkan kepada amaun yang telah
ditetapkan dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pertukaran Sekolah Sebelum
Pendaftaran Hari Pertama Persekolahan
Ibu bapa yang telah membuat
pendaftaran awal dan/atau telah mengesahkan penerimaan penempatan ke sekolah
rendah tetapi berpindah ke tempat baru sama ada dalam daerah yang sama atau
dalam negeri lain hendaklah memaklumkan kepada sekolah lama terlebih dahulu
sebelum memohon untuk membuat pendaftaran baru ke sekolah di tempat tinggalnya
yang baru.
Penalti
Kegagalan ibu bapa memastikan
anaknya mengikut pendidikan wajib adalah merupakan satu kesalahan dari segi
undang-undang. Jika disabitkan dengan kesalahan ibu bapa berkenaan boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan
atau kedua-duanya sekali.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai
pendidikan wajib ini boleh dirujuk kepada sekolah yang berhampiran, Pejabat
Pendidikan Daerah/Gabungan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
sumber; cikgushare.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan