:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Ahad, 3 April 2016

Cuti Peristiwa Di Sekolah

[sumber foto: gi-maghi.blogspot.com]

Cuti Peristiwa Di Sekolah

Merujuk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998, telah dinyatakan berhubung hari persekolahan dan cuti peristiwa. Merujuk Peraturan 3 dinyatakan bahawa "cuti peristiwa" ialah hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Peraturan 6 menyatakan bahawa hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

Berkaitan cuti peristiwa, Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:
- Guru Besar atau Pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi 4 hari bagi mana-mana satu tahun.
- Cuti peristiwa ini tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.

Hari sukan, hari penyampaian hadiah, hari perayaan (aidiladha dan lain-lain) dan kegiatan gotong-royong yang melibatkan satu hari persekolahan boleh dikelaskan sebagai cuti peristiwa.


Seperti takrifan "cuti peristiwa", ia adalah hari di mana tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.


sumber; cikgushare.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan