:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPHEM Label

3K (14) APDM (1) Bantuan dan Kebajikan (14) Bimbingan Kaunseling (8) Disiplin (17) Hari Guru (1) Kantin (2) Kehadiran (3) PIBG (6) PPDa (2) Pra Sekolah (9) S1M (1) SKPMg2 2017 (10) SPBT (4) Umum (38)

Bantuan

SURAT PEKELILING IKHTISAS
Perkhidmatan Kebajikan Sekolah. 2 ( 79
SP Kewangan Bil. 6 Tahun 2010- Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ).
SP Kewangan Bil. 5 Tahun 2012- Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ).



KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN ( KWAPM ) / e-KASIH.












PERANAN JAWATANKUASA KWAPM .

SEBELUM.
-Edarkan borang KWAPM kepada semua murid.
-Analisa maklumat murid.
-Gunakan Sistem Maklumat Murid sebagai alat bantu mengurus.
-Edarkan surat mesyuarat pemilihan calon bantuan KWAPM.
-Libatkan JKK / PIBG / Ketua Kampung.
-Asingkan / failkan murid layak dan tidak layak.
-Dapatkan tandatangan / pengesahan Guru Besar.
-Isi borang rumusan dan selengkap.
-Hantar borang permohonan ke Unit HEM JPN dalam bentuk "soft copy" dan "hard copy".

SELEPAS.
-Hantar surat makluman kepada ibubapa.
-Minta ibubapa sediakan / hantar buku akaun bank kepada pihak sekolah.
-Guru kelas membantu kutipan buku bank murid.  Serahkan kepada setiausaha KWAPM.
-Serahkan buku bank kepada kerani sekolah bagi tujuan bank in.
-Setelah duit dimasukkan bincang dengan Guru Besar mengenai cara penyerahan buku bank.
-Sediakan surat kepada ibubapa untuk hadir menerima buku bank di sekolah.
-Sediakan borang penerimaan bantuan.
-Guru kelas membantu menyerahkan buku bank kepada ibubapa murid.

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )


DOKUMEN KPM
1- Surat Pekeliling Kewangan Bil 1 2013
2- Pindaan SPK RMT Bil 2013
3- Lampiran 2
4- Contoh Borang Perjanjian RMT
5- Borang Pemantauan RMT
6- Borang Data Murid RMT



OBJEKTIF RMT

Objektif Am  - Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah ,terutama dari luar bandar dan daripada golongan berpendapatan rendah , secara imbuhan sementara waktu bagi memperbaiki kesihatan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.


Objektif khusus :
A. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid berkenaan agar dapat membantu / mengatasi pelbagai masalah pertumbuhan badan / kekurangan tenaga.
B. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung / tidak langsung.
C. Untuk memupuk budaya sopan santun atau disiplin ,  timbang rasa dan amalan berkaitan dengan kebersihan     diri / makanan dan alam sekitar.
D. Untuk memperkasa Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program ini mendapat sambutan yang baik.
E. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat  dalam kebajikan / usaha sekolah.


KEHADIRAN

PROGRAM RMT MENYEBABKAN KEHADIRAN MURID ADALAH LEBIH MEMUASKAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK JUGA LEBIH BAIK TERUTAMA DARIPADA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH. OLEH ITU RMT TELAH MEMBANTU MURID UNTUK KECEMERLANGAN

KRITERIA KELAYAKAN MURID :
       A. WARGANEGARA MALAYSIA
       B.  MURID DARJAH 1 HINGGA 6 DI SK
             ATAU SBK
       C. PENDAPATAN IBUBAPA/PENJAGA
            RM 430 SEBULAN ATAU PERKAPITA
            RM 100.


KADAR BAYARAN.

KADAR : RM 1.80 SEHARI PER MURID
BILANGAN HARI :  190 HARI SETAHUN.
KADAR INI MUNGKIN BERUBAH IKUT KEPERLUAN SEMASA…..

PERANAN SEKOLAH
        - MENYEDIAKAN MENU RMT (MINGGUAN)
        - MEMASTIKAN MENU DILAKSANAKAN
        - MEMASTIKAN KUALITI MENU MAKANAN
        - MEMUPUK BUDAYA SOPAN , DISIPLIN , TIMBANG RASA DAN KEBERSIHAN
        - MENYEDIAKAN SENARAI KEHADIRAN MURID (HARIAN) SERTA LAPORAN

PERATURAN PENTADBIRAN.

1- DAFTAR NAMA MURID RMT PERLU DICATAT TIAP-TIAP HARI OLEH PIHAK SEKOLAH
2- LAPORAN PEMANTAUAN AJK RMT   DISEDIAKAN SETIAP HARI
3- PENGURUSAN KEWANGAN DAN STOK HARIAN / BULANAN / TAHUNAN HENDAKLAH DISELENGGARA OLEH PIHAK SEKOLAH
4- GURU BESAR HENDAKLAH MEMBERI PERHATIAN KHAS TERHADAP PERKEMBANGAN PELAJARAN , KESIHATAN DAN LAIN-LAIN BERKAITAN MURID YANG MENERIMA RMT INI
5- GURU BESAR HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU LAPORAN KEPADA PPD / JPN NEGERI MASING-MASING







Tiada ulasan:

Catat Ulasan